Sebagai rakyat Malaysia yang bermastautin di luar
negara, kami tetap menjunjung kedaulatan negara dan keluhuran berbahasa. Maka
dengan itu kami rasa ianya wajar kiranya kami dedikasikan titipan keempat blog
ini dalam Bahasa Malaysia…..
Terlalu banyak cabaran yang kami tempuhi hingga ke
hari ini. Ianya benar-benar menguji kesabaran dan ketabahan kami. Benarlah apa
yang dikata, bukan mudah untuk berniaga. Betapa ramai yang mencuba, ramai pula
yang telah berputus asa, gagal di tengah jalan, menyerah dalam penuh
kekecewaan. Kami tetap terus, yakin pada rezeki dan ketetapan Allah SWT. Dugaan
dan cabaran kami anggap sebagi ilmu yang mendewasakan dan memantangkan kami
dalam menghadapi cabaran lain di masa hadapan. Selagi kami berpegang kepada
niat dan prinsip yang berlandaskan kepada kebaikan untuk semua, kami tetap
yakin bahawa kami akan dapat mencapai apa yang kami rancangkan. Perjalanan
mungkin tidak mudah tetapi kesemua yang dialami pastinya akan menjadikan
kejayaan yang bakal dikecapi lebih manis dan bermakna……