15 Apr
0

April 2017 – Have Faith in Allah

Posted By: Zuheira Times Read: 511

Sering kita meragui apa yang kita lakukan. Selalunya kita tidak yakin sama ada apa yang kita usahakan dan idamkan akan membawa kebaikan kepada kita dan orang yang kita sayang, atau akan hanya membawa kedukaan dan penyesalan yang berpanjangan. Dilema ini acapkali dihadapi kerana kita manusia kerdil tidak mahu melihat masa depan, tidak mampu meneka apa yang disebalik tirai masa dan tidak upaya untuk menentukan apakah nasib kita seterusnya. Dari apa yang telah dilalui, apa yang kita boleh buat dalam keadaan ini ialah kembali bertanya apakah niat kita dalam memulakan langkah ini, bertanya apakah segala tindak-tanduk kita mematuhi semua tuntutan agama dan seterusnya berdoa dan pasrah kepada ketentuanNya. Manusia kerdil ada keistimewaannya, kita tidak dibebankan lebih dari apa yang kita mampu menanggungnya dan selagi kita masih berkiblatkan kebaikan dan berteraskan agama dan kebenaran, InsyaAllah kita akan sentiasa selamat dalam perjalanan.

Related Posts
Comments
Write Comment
Dibina oleh KedaiOnlinez
Zuheira Collection © 2021