Alhamdulillah, Zuheira telah bersama orang Perak di Kinta Riverfront Hotel, Ipoh pada 27 & 28hb Mei yang lalu sempena Mood Republik Raya Fest Perak 2017. Kami begitu teruja dan terharu dengan sambutan hangat daripada warga Perak, Walaupun sedang berpuasa, warga Perak tetap ceria, mesra dan berbudi bahasa sentiasa. Senyuman tidak lekang di bibir dan suasana penuh ceria dengan tawa dan perbualan mesra yang menyebabkan Zuheira jatuh cinta dengan warga Perak seluruhnya. Zuheira mengucapkan terima kasih di atas segala sokongan dan sambutan yang telah diberikan. Kami akan bawa kenangan manis ini ke mana sahaja dan semoga anda semua terus mengingati Zuheira juga!!!