11 Jun
0

Terima Kasih Orang Kedah - Hangpa memang marbeles!!!

Posted By: Zuheira Times Read: 720

Zuheira telah kembali lagi untuk bersama warga Kedah pada 16 & 17 Jun yang lalu selepas memulakan kempen Mood Republik kami di Kedah pada awal tahun 2017. Saat menjejakkan kaki di TH Hotel & Convention Centre, terasa seolah-olah bagaikan balik ke kampung halaman tercinta. Apatah lagi kami kali ini ditemani oleh rakan-rakan baru dan lama yang menambahkan lagi kegembiraan untuk bersama warga Kedah buat kali kedua. Sepertimana biasa dan seperti yang diduga, warga Kedah menyambut kami dengan penuh ramah mesra. Senyuman tidak lekang di bibir dan suasana berpuasa bagaikan menambahkan lagi keakraban. Kami juga teruja bilamana dikunjungi oleh pebagai peringkat umur dan lapisan. Yang muda datang dengan bergaya, yang tua datang ditemani keluarga tercinta yang sabar dan telus dalam menunggu pasangan tercinta membeli belah di Zuheira. Kesemua ini menghilangkan kepenatan yang dirasa dan menjadikan segala usaha kami ini begitu bermakna. Kami begitu terharu dengan sambutan daripada warga Kedah dan kami meninggalkan bumi jelapang padi dengan penuh memori indah sambil membisikkan azam di hati - kami pasti kembali lagi!!! Terima kasih warga Kedah.

Related Posts
Comments
Write Comment
Dibina oleh KedaiOnlinez
Zuheira Collection © 2021