26 Jul
0

Hari Raya Aidil Firi 2017

Posted By: Zuheira Times Read: 584

Selepas sebulan berpuasa dan beribadat di bulan Ramadhan yang mulia, Syawal tiba lagi untuk sambutan hari raya. Sepertimana biasa, Zuheira sekeluarga pulang dari perantauan utuk beraya bersama keluarga tercinta. Bagi kami, aidil fitri begitu bermakna kerana ianya memberikan peluang untuk kami meluangkan masa bersama sanak saudara dan sahabat handai yang begitu lama tidak bersua. Lebih istimewa, Zuheira juga meraikan sambutan aidil fitri dengan memeriahkan sekumpulan anak-anak yatim di lembah kelang dengan membelikan pakaian hari raya, dengan kerjasama para pembeli Zuheira dan teman-teman Zuheira. Alhamdulillah, kita dapat berkongsi kebahagiaan dan keceriaan di hari yang mulia dan insyaAllah Zuheira akan meneruskan lagi sumbangan ini di masa-masa hadapan. Zuheira juga begitu teruja bila mana para pembeli Zuheira berkongsi dan memuat naik gambar mereka beraya dengan barangan Zuheira. Kami begitu terharu dengan sambutan ini dan semoga Allah SWT merahmati dan membalas segala kebaikan para pembeli Zuheira. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri dan mendoakan kebahagiaan kita semua di hari yang mulia ini.

Related Posts
Comments
Write Comment
Dibina oleh KedaiOnlinez
Zuheira Collection © 2021